Pengalaman Mengajar Aku

"Ada masa kite perlu menangis, agar kite tahu dunia ini bukan hanya untuk ketawa. Ada masa kite perlu ketawa, agar kite tahu betapa bernilainya setitis air mata. Ada masa kite perlu ada seorang teman agar kite tidak kesunyian. Dan ada masa kesunyian membuatkan kite tidak akan pernah lupa betapa bernilainya seorang teman"

Tuesday, March 6, 2012

:: Wanita Aspirasiku ::

Salam semua..


Artikel ini aku ambil dari seorang junior di Laman Muka Buku..
Sebenarnya dari dulu lagi perangai aku suke membaca benda yang memberi aku motivasi..
Mungkin persekitaran ku begitu..
Dari aku kecil lagi.. Hadiah hari lahir ku mesti buku..
Tidak kira buku cerita ke.. Buku motivasi ke..
Memang ibuku begitu..
Di kulit buku2 tersebut diselitkan kata semangat untuk aku terus berjaya..
Ye, aku berjaya.. Berjaya menjadi seorang surirumah sekarang ni..
Dan bakal menjadi seorang ibu sedikit hari lagi.. 
Weeeee.. \(^_^)/


OK lah, kalian baca lah artikel di bawah ni..
Hayati dan renungi setiap bait kata yang dinukilkan di sini..
Sekadar berkongsi perasaan motivasi..





Wanita..Aspirasiku
by Farahiyah Fadzil on Friday, 2 March 2012 at 13:28 ·
Assalamualaikum Wrt. Wbt., Alhamdulillah di hari Jumaat, penghulu segala hari..kita masih lg diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Sekadar perkongsian ilmu buat teman tersayang. Ramai rakan-rakan yang "request" supaya ilmu yg diperoleh dari seminar "Wanita..aspirasiku", dpt dikongsi bersama. Ilmu yang disampaikan oleh seorang penceramah yang tidak asing lagi. Dialah seorang wanita bekerjaya (pakar mata), seorang isteri, seorang ibu, seorang nenek dan yg penting dialah seorang WANITA yang sentiasa menyebarkan dakwah melalui gayanya yang tersendiri. Beliau yang dimaksudkan adalah Prof. Dr. Muhaya. Alhamdulillah, pengisian yang cukup bermakna, tagline yang sering disebut2 sepanjang program adalah "pukul-memukul bawa bahagia..". Apakah makna disebalik tagline tersebut? Ayuh kita hayati bait2 bicara. 

1. Everyday we need to make a correct choice.
2. Apa itu INSPIRASI? Asal dari perkataan In Spirit (roh jiwa). Ianya mampu untuk menyentuh jiwa dan minda kita.
3. Jika kita tidak menghargai diri = kita tidak hargai pencipta kita = kita tidak bersyukur.
4. Tukar ayat " i want to lost my weight" kepada "i want to release my weight".
5. Bila tengok cermin..always think positive about ourselves. say to yourself, "I'm always young & beautiful".
6. Yakin dengan kehebatan diri..buktinya, daripada 300 juta sperma bapa kita, hanya satu yang berjaya menembusi ovum ibu kita, dan terhasillah kita. subhanallah, hebatnya ciptaan Allah. 
7. Your husband must see the best of you.
8. It's good to spent your money for health & beauty-->long term investment (supplement).
9. Nak bahagia dan tenang dalam hidup, perlulah sentiasa bebas dari penghargaan manusia.
10. Jom, semak! Ke manakah wang kita dibelanjakan? Untuk dapatkan ilmu yang bermanafaat, jangan berkira!!!
11. Akhlak si ibu dan si ayah semasa si ibu mengandung boleh mempengaruhi perangai anak yang akan dilahirkan.
12. Sesiapa yang susah nak senyum dan selalu tahan marah, senang nak dapat cancer.
13. Sesiapa yang murah hati dan bayar zakat, Allah akan tutup penglihatan pencuri ke atas rumah kita.
14. Tips pilih bakal menantu: 1-tengok kawan-kawan bakal menantu. 2-tengok perangai bakal besan. Contoh: bila tengok perangai bakal besan melayan isterinya, insya allah macam itulah juga perangai bakal meanantu layan anak kita suatu hari nanti. 
15. Jangan bergantung kepada orang lain untuk mengadu masalah. Mengadulah pada Allah S.W.T.
16. Hidup terhasil daripada pemilihan diri sendiri.
17. Look for BARAKAH from salary that u get.
18. Tiada makna hidup ini, jika solat pun tak cukup.
19. Remove yourself from "sakit hati @ kutuk orang lain".
20. Sifat sombong tidak bau syurga.
21. Kata-kata orang yang berjaya :
      a) InsyaAllah
      b) Boleh
      c) Seronok
      d) Gembira
      e) Syukur
22. Kata-kata orang yang tidak berjaya :
      a) ok..larr
      b) urm...boleh la tahan
      c) takdelah, biasa-biasa jerr
23. Bila orang puji kita, biasakan diri ucap " alhamdulillah, terima kasih".
24. Orang yang terlampau suka "attract" orang lain sebenarnya dia tidak memiliki keyakinan diri.
25. Berkahwinlah kerana AGAMA & AKHLAK.
26. Pandanglah orang yang lebih tua dgn pandangan "Mereka lebih banyak ibadah dariku..." dan pandanglah orang yang lebih muda dengan pandangan, " Mereka kurang dosa berbandingku..".
27. Bila buat fitrah yang baik, kita akan jadi kuat.
28. Imagine benda baik = jadi kuat.
29. Imagine benda buruk = jadi lemah.
30. Develop your strenght, pay your weakness.
31. Bagi yang belum bertemu jodoh, amalkan doa jodoh pertemuan semasa di dalam sujud yang terakhir setiap kali solat.
32. Fikir positif + Emosi positif = Tindakan positif
33. Put your husband at the highest position (after Allah & Rasul).
34. Orang yang bahagia, akan bahagia apabila melihat orang lain bahagia.
35. Don't cry over something that cry over you.
36. Berbuat baiklah kepada suami kerana ALLAH, nanti ALLAH akan tambat hati suami kepada kita.
37. Always say to yourself " dunia dalaman saya mencipta dunia luaran saya dengan izin Allah".
38. Setiap kali bangun pagi, berdoalah," Ya allah, semoga hariku ini akan dipenuhi dengan keberkatan, kebaikan, keceriaan dan semangat yang tinggi".
39. Didik mata untuk selalu lihat kebaikan dalam diri orang lain. Cuba lihat kesempurnaan dalam ketaksempurnaan.
40. Sentiasa memperbaiki diri dengan menghadiri majlis ilmu. 
41. Makna hidup : 1)MATLAMAT-Allah lihat, 2) CITA-CITA- manusia/orang lain yang tengok.
42. JAGA MASA - kita tak manage masa, tapi kita manage diri kita.
43. Jadilah anak sebagai asset ibubapa ke syurga.
44. Buat skrip setiap hari, apa yang kita nak capai. Cakap & visualize.
45. Kita adalah magnet. So, sentiasalah tarik kebaikan pada diri kita.

Rasanya itulah 45 point, catatan sedikit sebanyak perkongsian ilmu buat semua teman-teman tersayang. Semoga ilmu yang diperoleh dapat kita praktiskan bersama. InsyaAllah. Ayuh, tanamkan dalam diri.. aku ingin menjadi wanita solehah, isteri solehah, ibu mithali, berjaya dunia dan akhirat. 

-Sharing is caring- (^_^)v

No comments:

Post a Comment