Alhamdulillah...
Minggu ini kandungan mencecah 39 minggu...
Tertanya2 dan tertunggu2 bila si comel ni nak kuar melihat dunia..
Malah bukan aku sahaja yang menunggu..
Semua orang menunggu si comel ku ini keluar..
Ye, aku faham..
Aku juga menanti selama setahun 2 bulan untuk mengandung..
Sudah semestinya kelahiran si comel ni sangat dinantikan juga..
Sangat gembira bile doktor sahkan aku mengandung pada 39 minggu yang lalu..
(Flashback la pulop)
Alhamdulillah..
Kami berdua tiada masalah..
Dan aku YAKIN..
Pasti ade sebab dan musabab ALLAH tidak memberi kami 'rezki' itu..
Yang kelako nye..
Aku dan suami baru pergi HUKM untuk 'check' tahap kesuburan kami..
(untuk kali perama)
Tup2 x sempat untuk pergi appointment seterusnya..
Aku disahkan mengandung.. hihihi..
Pada masa itu, semua orang gembira..
Alhamdulillah..
Sekarang pulak masa untuk menghitung hari..
Dan aku rasa teruja dan tak sabar..
Nak tengok si comel ku ini..
Tak sabar nak bergambar bertiga..
Kami sekeluarga.. hihihi
Masa ini juga aku sentiasa berfikiran positif..
Taknak bercakap pasal sakit untuk bersalin..
Aku nak happy2 sahaja..
Cuma kadang2 aku sedih bile rindu suami yang jauh nun di utara..
Tapi aku kena lawan perasaan sedih itu..
Hanya memikirkan perkara yang indah2 sahaja..
Aku hanya perlu bersabar dan menunggu sedikit masa lagi..
Aku yakin aku boleh bersabar dan positif..
Dan aku yakin perjalanan yang ditetapkan oleh ALLAH..
Sentiasa berfikiran positif..
Allah sahaja yang tahu keadaan si comel dan aku..
:-)
Buat bakal2 ibu di luar sana..
Bersabar ye jikalau baby anda belum nak keluar lagi..
Allah MAHA MENGETAHUI dan MAHA MENGASIHANI..
Hanya DIA yang tahu hari2 /masa2 yang terbaik bila baby kite akan keluar..
Banyakkan berdoa dan berbuat baik untuk semua orang..
Semoga semuanya berjalan lancar ye, ibu2..
Sekian...
:-)





No comments:
Post a Comment