Salam Stalkers & Readers..
Panduan Untuk 'Menarik' Apa yg Anda Impikan Dlm Hidup
by Motivasi Revolusi Diri on Monday, 29 November 2010 at 21:09

Bagi anda yang pernah mendengar atau belajar mengenai 'Law of Attraction', anggaplah ini adalah ilmu tambahan buat anda. Buat yang belum pernah mendengar mengenainya, tahniah kerana hari ini anda akan mempelajari satu panduan dan kaedah berguna dalam hidup. Sekurang-kurangnya selepas ini anda sedar mengapa anda sering tidak mendapat apa yang anda hajatkan dalam hidup. Jadi, bersyukurlah. Artikel ini mungkin titik permulaan yang membuka jalan untuk anda mendakap impian anda serta membuatkan hidup anda jauh lebih baik dari sebelum ini. Matlamat saya menerusi artikel ini adalah menerangkan mengenai konsep LOA (Law of Attraction) dengan seringkas mungkin tanpa meninggalkan perkara penting yang harus anda ketahui.
Prinsip asasnya begitu mudah. Apa saja yang anda fikirkan dan tumpukan, ia akan membawa anda kepada apa yang anda fikirkan dan tumpukan itu. Dengan kata lain, anda menarik ke dalam hidup anda, apa saja yang anda fikirkan dan tumpukan. Secara mudahnya, jika anda mahukan kereta BMW, fikirkanlah setiap hari dan berikan tumpuan pada kereta tersebut. Jika fikiran dan tumpuan anda jelas dan anda lakukannya setiap hari, maka anda semakin menghampiri impian anda itu. Jalan dan peluang akan terbentang untuk anda dari segala perkara yang mungkin tidak anda jangkakan yang akan membawa anda kepada kereta BMW yang anda inginkan itu. Namun, betul ke semudah itu?
Ya, itu soalan yang bagus. Sebenarnya, bagi mendapat manfaat dari hukum LOA ini, ada 'skill' nya. Terdapat beberapa perkara yang harus anda tahu untuk mengecapi hukum yang telah Allah sediakan untuk kita. Antaranya:
Fokus dan tumpuan anda harus spesifik/terperinci dan jelas - Jika laptop yang anda mahukan, fikirkan lah dalam minda anda, aktifkanlah imaginasi mengenai laptop tersebut. Gunakan kesemua deria anda untuk mewujudkan bayangan minda yang 'real' dan 'live'. Bermain-mainlah dengan imaginasi anda.
Fokuskan pada APA YANG ANDA MAHU - Ya, JANGAN fokuskan pada apa yang anda tidak mahu. Jika anda mahu kaya, janganlah fokuskan dalam minda anda "Aku tak nak miskin/aku tak nak hidup susah/aku tak nak melarat" dan sebagainya. Minda, tidak merakan perkataan "tidak, jangan, tak". Jadi, fokuskan pada apa yang anda mahukan saja; "aku memilih untuk menjadi kaya/aku sedang menjadi jutawan/duit aku semakin bertambah banyak"
Rasa berSYUKUR dengan apa yang anda ada - Walaupun penyelidik Barat mengatakan bahawa bersyukur dapat melipatkaligandakan harta kita dan mempercepatkan proses LOA, tetapi Islam awal-awal lagi sudah menyuruh umatnya bersyukur. Didalam Quran memang ada disebutkan bahawa, jika kita bersyukur, Allah akan tambahkan lagi nikmat utk kita. Dengan bersyukur dengan nikmat yang sedia ada, insyaAllah, Allah akan menambah nikmat pada apa yang kita tiada dan pada nikmat yang ada, akan digandakan lagi.
Istiqamah (Consistency) - Jika sekali dua saja anda lakukan teknik dalam LOA ini, jangan harapkan sangat pada hasilnya. Suatu amalan jika ingin berhasil dengan baik, hendaklah dilakukan secara berulang-ulang. Latihan imaginasi dan minda yang dilakukan dengan kerap pasti menumbuhkan keberhasilan yang cemerlang kerana amalan dan latihan yang mantap.
Jangan terkejar-kejar - Jika anda inginkan sesuatu, jangan wujudkan perasaan 'sangat teringin' dalam diri anda kerana nantinya anda seperti terkejar-kejar sesuatu yang anda inginkan itu. Ini menyebabkan minda anda menafsirkan bahawa anda MASIH TIDAK mempunyai apa yang anda inginkan tersebut dan anda sedang dalam kekurangan. Ingat, apabila minda sudah menganggap demikian, maka anda hanya menarik lagi kekurangan dan ketiadaan sesuatu itu dalam hidup anda. Lebih baik anda bersikap, "dapat memang bagus, tapi kalau tak dapat pun tak apa". Ini akan mengelakkan dari termasuk dalam status 'kekurangan'. Mungkin anda sudah dengar atau mengalami sendiri di mana "dulu bila dicari-cari tak ada, sekarang bila tak dicari ada pula/bila single dulu takde pula orang ngurat tapi bila dah ber'boyfriend'/'girlfriend' ada saja yang nak ngurat/masa kita perlukan tak ada pulak, sekarang masa kita dah tak perlu lagi, banyak pula yang offer" dan sebagainya.
Sentiasalah bersangka baik dan berfikiran positif - Yakinlah bahawa apa yang anda idamkan dan inginkan, impian anda tersebut, sedang menjadi kenyataan. Dalam satu hadis Qudsi, Allah berfirman "Aku menurut sangkaan hambaKu". Jadi kalau anda cepat kecewa dan putus asa dan berfikiran yang bukan-bukan, sudah pastinya anda benar-benar akan kecewa. Jadi, fikirlah yang terbaik dan bersangka baiklah selalu.
Doa yang berterusan - Hukum Tarikan atau LOA ini adalah suatu hukum yang Allah ciptakan di dunia ini. Jika anda hanya beramal dengan LOA ini, mengkaguminya tanpa mengaitkannya dengan kehebatan Allah, dibimbangi anda akan melakukan syirik dan dosa besar. Semuanya datang dan diaturkan oleh Allah. Hukum LOA ini pun Allah yang punya. Lebih baik kita berdoa tanpa putus disamping mengamalkan teknik-teknik LOA yang anda tahu.
*******************************************************
p/s : InsyaALLAH aku akan amalkan.. semua yang terbaik dtg dr ALLAH.. korang semua pon amalkan lah jugak ye.. :-)
No comments:
Post a Comment