Pengalaman Mengajar Aku

"Ada masa kite perlu menangis, agar kite tahu dunia ini bukan hanya untuk ketawa. Ada masa kite perlu ketawa, agar kite tahu betapa bernilainya setitis air mata. Ada masa kite perlu ada seorang teman agar kite tidak kesunyian. Dan ada masa kesunyian membuatkan kite tidak akan pernah lupa betapa bernilainya seorang teman"

Wednesday, February 29, 2012

: Tempat Baru Orang Baru :

Salam semua..


Lama sungguh tidak ber'bloging'. huhuhu..
Sepanjang kehamilan ni, lebih suka berdiam diri..
Dan berbual dgn baby kot.. hihihi..
Kandunganku ini da menjejak 37 minggu ++
Nervous pon ade..
Eksaited pon ade..
Semua rase ade la.. Senang kata.. hihihi


Sekarang ni kat JB.. rumah ibu..
Kesian kat ibu..sebab..
Kena jaga nenek yang x sihat..
Pastu jaga aku pulak nanti.. huhuhu
Jaga diri dia yang jugak x berapa sihat..
InsyaAllah ank yang kedua nanti..
Aku akan cuba berpantang di rumah sendiri..
Tak sampai hati menyusahkan orang tua..


Di saat ini..
Babyku ini sangat aktif.. Alhamdulillah..
Sejak di JB ni.. dia slow sket sebenarnya..
Nak jejak kiraan smapai 10 pon lewat je..
kul 6pm la.. 7.30pm la..
Tapi hari ini, aktif sungguh..
"Sayang da nak kuar ke?" hihihi..
Kalau Sayang keluar cepat..
Cepat jugaklah ibu dapat jumpa ayah..
Huhuhu.. Rindu yang amat!!


Buat pengetahuan semua..
Suamiku di Perlis sekarang..
Dua bulan lepas, aku ke Perlis..
Menetap di sana..
Pada mulanya, jiwa ini meronta2 tak nak ke sana..
Tapi lama kelamaan, jatuh cinta pulak dengan suasana dan pemandangan di sana..
Yang mana tidak mungkin ada di JB maupun di KL.. huhuhu..
Alhamdulillah.. dapat jiran-jiran yang baik..
Taman perumahan dan rumah yang selesa..
Walaupun kecil..
Cukup bahagia untuk aku dan suami..
Rinduku pada suami tidak dapat diungkapkan..
Sampai menitis air mata bile teringat kenangan dan susah payah kami di sana..
Tiada siapa yang tahu..
Hanya aku, suami dan keluargaku sahaja yang tahu.. *nangis*


Ramai yang bertanya..
"Best ke duk Perlis? tak nak pindah?"
Lancar sahaja lidah ku menjawab..
Best! Seronok! 
Pindah tak tahu lagi.. Belum ade perancangan..
Yang pasti memang best!! cume jauh daripada keluarga jela..
Tu je kekurangan duk Perlis..
Lebih2 lagi rumah berdekatan dengan sawah padi..
Syiookkk!! dapat tengok proses menanam, menuai, membajak sawah..
Pemandangan yang sangat cantik dan mendamaikan.. Hihihi...


Bestkan duduk rumah sendiri bersama orang tersayang..
Boleh buat apa sahaja yang kite suka..
Teringat boleh main sembunyi2 macam budak2.. hihihi..
Suamiku akan balik rumah untuk makan tengahari..
Sebab jarak antara rumah dan ofisnya hanya 5- 8 minit sahaja..
Kadang2 aku sembunyi belakang pintu bilik..
Kadang2 aku memerut dalam toilet..
Dengar je bunyi kereta suami.. cepat2 tutup air..
Sembunyi konon.. sedangkan tiada niat pun nak sembunyi..
Suami je berfikiran begitu.. hihihi..
Kenangan manis sungguh..
Rindunya..
Sedih sangat bile suami mesej..
"Sunyi je rumah sayang takde.. takde selera nak makan..dan tak tahu nak makan ape..hrmmm..."
Ye, selalunya makan tengahari memang tersedia bila suami pulang..
Kesian suami... *nangis lagi*
Sayang..keluarlah cepat..ibu nak jumpa ayah..
Barang2 sayang semua da siap..


Berdoa kepada Allah yang terbaik untuk aku, suami dan anakku..
Ye, Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani..
DIA lah perancang terbaik untuk aku sekeluarga..
Beruntung rasanya memiliki parents yang sentiasa berfikiran positif... esp Ayah..
Ya Allah.. permudahkan proses kelahiran anakku ini..
Proses sebelum bersalin, semasa bersalin dan sesudah bersalin..
Dan berikanlah kesihatan terbaik untuk aku, suami, anakku dan keluarga..
Amin...

No comments:

Post a Comment