Pengalaman Mengajar Aku

"Ada masa kite perlu menangis, agar kite tahu dunia ini bukan hanya untuk ketawa. Ada masa kite perlu ketawa, agar kite tahu betapa bernilainya setitis air mata. Ada masa kite perlu ada seorang teman agar kite tidak kesunyian. Dan ada masa kesunyian membuatkan kite tidak akan pernah lupa betapa bernilainya seorang teman"

Monday, November 15, 2010

Analisa Tarikh Lahir 28/10/1984

Wah.. Lama tul rasenye x update blog ni.. rindu betol.. hehehe.. Baru2 ni aku terbaca kat FB member pasal Analisa Tarikh Lahir mengikut Kaedah Penomboran. macam best jek. hehehe. aku pon apalagi..x nak lepaskan peluang keemasan ni. nak tgk potensi diri & kelemahan diri yg perlu diperbaiki.. hehehe.. Alhamdulillah..xlah teruk sangat aku ni.. secara fizikalnya la.. :-) Haaa.. kat bawah ni resultnya.. Terima kasih banyak2 kat Motivasi Revolusi Diri aka MRD.  Actually, kalau aku buat kuiz aku kategori ape, aku mesti dapat kod ni.. no. 6. hehehehe..
  

Kod Asas : 6 (Tanah)

Kekuatan:

Ini adalah nombor untuk terus wujud atau hidup. Nombor '6' mengawal harta benda dan kekayaan. Mewakili kesenangan. Sangat bersopan tetapi mempunyai citarasa yang tinggi dalam kehidupan. Nombor '6' akan berjaya dalam karier seperti pendidikan, kerja seni dan keagamaan. Individu ini akan menjadi popular dalam masyarakat. Beliau juga selalu mengambil berat tentang orang-orang bawahan. Suka membantu dan menjaga mereka. Sentiasa jadi pihak pendamai.

Kelemahan:

Seorang yang suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Tidak
mendengar cakap ataupun kata-kata orang lain selain orang atasan.  Boleh jadi pentingkan diri sendiri

Perkara yang harus dipelajari:
1) Belajar apakah yang boleh diubah dan apa yang tak boleh diubahnya
2) Buat sesuatu tanpa memikirkan kepentingan diri
3) Kurangkan sifat degil dan memerlukan ketepatan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 6:

Luis Felipe Scolari (pengurus Chelsea), Rafa Benitez (pengurus Liverpool), Warren
Buffett (pakar kewangan dunia), Albert Einstein (kalau tak kenal tak tau la), Jane
Seymour (selebriti Hollywood), John Denver(penyanyi lagu-lagu country, USA)

*Mudah popular sebab terdapat nombor cermin.. J


Mengikut Tafsiran Dari David A. Phillips PhD

  • potensi utk menjadi insan yg sgt kreatif bila menjalani kehidupan yang positif
  • Penyayang
  • Rumah sendiri adalah segala2nya.. (no place like home)
  • Great humanitarians
  • Bertoleransi
  • Boleh jadi seorang yang suka bimbang dan takut2 jika potensi diri disekat2.
  • Sukakan kedamaian
  • Ada potensi jadi penyembuh (bomoh etc.)
  • Boleh jadi pelakon dan penyanyi yg berbakat
  • Boleh jadi designer
  • Caring
  • Adil
  • Cenderung utk berasa risau dan bimbang
 

Pola 2 Nombor

6-3
Suka berbelanja besar, melabur dengan terburu-buru tetapi bagaimanapun tetap membawa kejayaan. Suka melabur.

1-1
Berdikari, Tidak serius atau tekun dalam melakukan sesuatu. Boleh menjadi orang tengah. Bagus dalam perhubungan awam.

1-8
Sibuk ke sana sini, banyak tekanan. Tidak boleh duduk diam. Lebih banyak memberi daripada menerima. Seorang penderma.

4-5
Perancang yang percaya dengan prinsipnya sendiri, membawa kejayaan. Kebiasaannya mempunyai motif tersendiri untuk melakukan sesuatu perkara/pekerjaan.

1-3
Individu yang selalu sibuk. Seorang yang agresif, bergerak pantas.

3-3
Sangat emosional, sangat agresif dan tidak penyabar. Wang datang dan pergi dengan cepat. Memiliki sikap yang penuh kelucuan.

2-4
Seorang individu yang bercakap dengan bijaksana, penyampai yang ‘fantastik’. Berkomunikasi dengan baik. Sangat bagus dalam bab-bab penyampaian

5-7
Mempunyai peluang untuk berurusan dengan pegawai tinggi kerajaan, individu yang kaya-raya.

Pola 3 Nombor

11
Seorang yang sangat berdikari. Anda boleh memiliki perniagaan secara bersendirian. Anda boleh berdiri di atas kaki sendiri. Tetapi, anda kena berhati-hati kerana mempunyai potensi ditikam dari belakang.

426 
(Pola Pendidikan) –--> Mgkin bgus utk dkatkn diri dgn dunia ini

- dikelilingi, terlibat atau ada kena mengena secara langsung seperti menjadi guru atau pegawai atau kerani sekolah atau jabatan pendidikan termasuk tadika dan pusat tuisyen termasuk juga pekerja di sebuah kedai buku atau kedai menjual pakaian seragam sekolah,
- atau secara tidak langsung seperti memberikan perkhidmatan kepada pusat pendidikan seperti kantin sekolah atau kontraktor penyelenggara sekolah, termasuk bekerja di kilang mencetak buku.
- atau berkahwin atau berkawan rapat atau bersaudara rapat dengan seseorang yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan dunia pendidikan,
- atau tinggal berhampiran pusat pendidikan seperti rumah di sebelah sekolah atau ada jiran yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam dunia pendidikan termasuk juga jika di sebelah kedai buku atau kedai menjual pakaian seragam sekolah.

336
Ini best. Mempunyai pergerakan wang yang aktif. Wang sentiasa mengalir kearah mereka. Tetapi, jagalah cara anda berbelanja, sebab wang mudah mengalir keluar. Easy come, easy go.

189
Seorang yang tak suka duduk diam. Selalu bergerak ke sana sini. Selalu berada di luar pejabat.

573
Seorang yang mudah bergaul dengan orang-orangkenamaan. Juga bergaul dengan orang atasan.


Arrow of Individuality (David A. Phillips PhD)

Arrow of Enquirer
Sukar nak percayakan sesuatu yang baru, tapi setelah diselidiki dan terbukti benar, jadi sukar pula utk meluputkan kepercayaan tersebut. Org yg memiliki ‘arrow’ ini biasanya orang yg suka menyelidik. Jadi, ramai juga saintis yg ada arrow ini.

-------------------------------------------------------------------------------------------- 

Komen aku pulak.. :

Antara kelemahan aku.. ""Seorang yang suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah"". bab membangga diri ni, bukan aku.. aku lebih suke sembunyi2 ape yg aku ade.. tp.. kadangkala aku suke bercakap pasal family aku..pasal kawan2 lama.. mungkin tu kot maksud suke berbangga. Pasal tidak mengambil kerja mudah, hehehe..itu memang aku.. suke sangat buat kje lama2..berjam2.. hahaha.. mungkin terlalu teliti?? hahaha.. mungkin aku x bijak. huhu.. kne ubah perangai ni. 

Sebenarnya 90% - 99% analisa ni betul.. ketawa aku bile baca. aku akan cuba ubah untuk jd yg terbaik.. InsyaAllah. Doakan aku ya kawan2.. :-)


1 comment:

  1. Semua manusia dicipta mempunyai kelemahan dan kebaikan yang tersendiri..semoga sama2la kite berjaya dengan perubahan yang kite buat..amin..

    ReplyDelete